BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

NEWS


Biarlah hidup mati kita di sini


Sungguh istimewa tema Hari Kemerdekaan tahun ini iaitu Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku. Ke mana lagi kita mahu pergi, inilah negara dan rumah kita. Pertahankan apa yang ada, jika rebah bangsa, runtuhlah negara.

Ramai yang hairan dan tidak puas hati dengan penerbitan filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba atau mesra dipanggil Shumi sehingga setahun terperap. Namun, bermula kelmarin, ia menjadi detik bersejarah buat Shumi apabila filem itu akhirnya ditayangkan kepada umum.



Sakit hati Shumi kerana ‘diserang’ sebelum orang ramai menonton sendiri filem itu. Tiada niat untuk memporak-perandakan negara, Shumi tentunya seorang yang cintakan kedamaian sambil mempertahankan karyanya.

Ketepikan segala isu politik yang ‘membelenggu’ Tanda Putera saat ini. Filem ini sebenarnya bagi mengembalikan kenangan kepada dua tokoh negara iaitu bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.




Dua sahabat karib ini terlalu sayangkan bangsa dan negara hingga tiada siapa tahu mereka sebenarnya menderita sakit. Dua pelakon handalan dipilih menerajui filem ini iaitu Rusdi Ramli sebagai Tun Razak dan Zizan Nin selaku Tun Dr Ismail.