BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 26 December 2011





KATA-KATA SEMANGAT
























Monday 19 December 2011







"Carilah lelaki yg mampu menjadi imam untuk kamu,yg menitiskan air matanya apabila melihat kamu ketika melahirkan zuriatnya dan lelaki yang membangunkan kamu untuk beribadat bersama-sama di sepertiga malam. Jika pencarian itu telah kamu temui,jangan lupa bersyukur kepadaNya. Jadilah permaisuri hatinya,peneman di kala suka dan duka,pengubat rindu dan lara. :)"


HEBATNYA SEORANG YANG BERNAMA "IBU"

'Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.




Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?



Saturday 17 December 2011




Tadi jalan-jalan........nak cri roti nie..hihihihihi.....tak tahu nak beli ape kalau aku kata nak jalan2 cri makanan.... nak beli barang gerak hati jew masa aku jalan..hehe...jalan2 punyalah tenang.....n then tetibe je teringat roti nie tp xjumpa roti nie kat kedai runcit..g....7E xder jugak..ambiklah yang raisin..n then sekarg nak try yang raisin plak...





Bila lah lori gardinea nak bawak roti nie........erkkkkkk.......BAGIKU roti nai sedap bila dibakar...kalau steady macam tue jerrr...kurg sedap...uikkkkk........hehehe...

Monday 12 December 2011



Hari Ini Punya Cerita.............(senyum)


Hehehe Messy ngan Toy..:)
Semalam balik kelas....g la buat SPSS nie..hehe...konon2 nak siapkan terus la assignment tue... hehe.. P, bila dah sampai rumah buat2 kejap n then tengok roomate rebahkan diri dah koz seharian kelas and  and rasa penat kot.. jadi saya pun terpengaruh ngan aura dia, so aku pun rebah sama nak tido..hehehe.....

Pagi, lam pukul 6.15 a.m gitue, aku pun bangun nak solat subuh..... tututututuuutttt....after solat tido lah balikkk...hehe.. penat sgt kan..aku rasa macam tak cukup tido..hehe...bangun tido tue lam kol 8.00 a.m lah pulak koz pikir nak buat SPSS.... buat punya buta x tahu nak hurai bgaimana...so aku hentam je lah atas usaha aku..hehe... but berfikir secara logik lah jugak.......

Setibanya aku hendak melangkah ke soalan no 2 pasal toy...aku pun terus kaku..terpana ngan soalan tue. Sobabnyo.....xtahu nak hurai gapo lagi??? Arghhhhhh......buat je apa yang aku mampu... Hehehe...Mek Lin.... roomate aku yang cute, ask aku  kekadang......bila aku tak yakin ngan jawapan aku..hard la pulak aku nak ajar melainkan aku yakin ngan jawapan aku..hehe...TAKUTNYE.... bila aku salah....org lain pun salah.. xnak lah macam tue..kalau aku salah at least korang betol,.....happylah aku...eececehhecedd..ehehehe...aku just bagithu ape yng aku yakin betul je..:)





Heehehe...suka sangat...hehehe...

Sahabat

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.
Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.
======
Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu.






KATA-KATA INSPIRASI


  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  • Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
  • Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
  • Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
  • Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
  • Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
  • Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
  • Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
  • "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  • Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
  • Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
  • Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
  • Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
  • Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
  • Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
  • Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.
  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
  • Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
  • Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
  • Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
  • Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
  • Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
  • Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
  • Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
  • Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
  • Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
  • Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
  • Terseradung bukannya terjatuh.
  • Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
  • Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
  • Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
  • Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
  • Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
  • Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
  • Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
  • Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
  • Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
  • Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.
  • Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
  • Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
  • Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
  • Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
  • Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
  • Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
  • Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
  • Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
  • Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
  • Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
  • Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
  • Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
  • Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan